ALOR GAJAH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan api membabitkan kerugian berjumlah RM8,281.82. Tertuduh, Yew Weng Dong, 25, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api yang menyebabkan kerosakan sebuah kereta Perodua Alza milik seorang wanita berusia 35 tahun. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 pagi di…