MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mendenda seorang operator kilang sebanyak RM5,450 selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis. Tertuduh, J. Daniel, 31, membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati bersalah berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang sedang bertugas kira-kira pukul 12.30…










