Bekas penghuni Henry Gurney didakwa sebabkan kematian rakan

Bekas penghuni Henry Gurney didakwa sebabkan kematian rakan pelatih

cabul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan pelatih di institusi pemulihan itu, empat tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Daniel Akmal, 21, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 4.50 petang hingga 5.50 petang di Blok Hang Tuah, SHG Telok Mas dalam daerah Melaka Tengah pada 28 Januari 2020.

Mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan berkaitan dengan kehilangan nyawa manusia manakala peguam Shareveen Krishnan hanya meminta tarikh untuk serahan dokumen.

Mahkamah memutuskan tidak membenarkan sebarang jaminan serta menetapkan 2 September ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN