MELAKA: Seorang warga Indonesia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita dalam tandas di sebuah premis. Tertuduh, Feri, 27, yang juga seorang tukang cuci mengaku bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja telah merakam seorang wanita tempatan berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbit yang ketika itu mangsa sedang membuang air dalam…