MELAKA: Hanya kerana keluar dari rumah untuk membeli sayur tanpa keizinan, seorang kontraktor didakwa memukul kekasihnya itu sehingga mengalami patah pada beberapa anggota badan. Tertuduh, See Yong Fei, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan mangsa berusia 38 tahun cedera parah dengan cara memukul dan menumbuk tangan…