Fakta kes tidak diakui, mahkamah tolak pengakuan bersalah warga

Fakta kes tidak diakui, mahkamah tolak pengakuan bersalah warga Indonesia

TERTUDUH yang juga warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.

Tertuduh, Badin, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam, tetapi ditolak mahkamah selepas fakta kes yang dikemukakan pendakwaan tidak diakui tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Tengkera Pantai 1 dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 4 pagi dan 5 pagi, pada 27 April 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun mengikut Seksyen 11 (1) (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pegawai pendakwa, Inspektor Mohamad Naim Abd. Jalil tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh bukan warganegara dan tiada pas sah untuk tinggal di Malaysia.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 9 Julai ini untuk serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×