MELAKA: Dua lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri dua ekor lembu milik seorang peniaga kedai makan. Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Muhammad Zulikhwan Zolhaisam, 21, dan Abdul Rahman Ahmad, 57, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan niat telah mencuri dua ekor lembu berwarna putih jenis baka brahman di kandang lembu di Permatang…