Pembantu am didakwa rogol adik saudara dua hari sebelum

Pembantu am didakwa rogol adik saudara dua hari sebelum Aidilfitri

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik saudaranya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik saudaranya, dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 22 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan bawah umur berusia 13 tahun enam bulan ketika kejadian.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di sebuah rumah bernombor di Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 8 April 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Norfazlinda Alimad merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh yang masih bujang hanya bekerja sebagai pembantu am dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Selain itu, ibu kepada anak guamnya perlu menjalani pembedahan fibroid pada 6 Mei ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×