MELAKA: Individu yang videonya tular dalam media sosial kerana menumbuk seorang wanita warga emas berikutan berang ditegur membakar sampah di sebuah tapak glamping di Tanjung Kling di sini, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Amirul Fathi Mohd. Noor, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul seorang warga emas berumur 77 tahun menggunakan tangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.20 tengah hari di belakang sebuah rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya