Melaka terlebih dahulu laksana perbicaraan cerai tertutup

Melaka terlebih dahulu laksana perbicaraan cerai tertutup

RAHMAD Mariman (tiga dari kanan) merasmikan Pelancaran Minggu Dakwah peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Syariah di Melaka telah melaksanakan perbicaraan kes perceraian secara tertutup, sebagaimana yang akan dilaksanakan di Perlis bermula 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, langkah itu bertujuan menjaga aib dan kebajikan pihak terlibat dalam kes berkaitan perceraian.

Menurutnya, mahkamah hanya membenarkan kes dibicarakan dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara terdekat, tidak kepada pihak lain.

“Sebenarnya dalam taklimat saya dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), saya ada menyarankan janganlah isu permohonan kahwin dan cerai dibicarakan secara terbuka.

“Kalau dulu perbicaraan diadakan secara terbuka bersama orang lain, jadi nanti akan ada isu-isu mengaibkan kedengaran pada orang lain dan ini tidak elok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Dakwah (Minda) di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Perlis membuat keputusan melaksanakan sesi perbicaraan tertutup bagi kes perceraian serta terhad di antara pihak yang berklilaf sahaja, mulai 1 Julai ini.

Perkara tersebut mendapat perkenan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN