Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara

Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya sehingga parah menggunakan sebatang cangkul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya sehingga parah menggunakan sebatang cangkul.

Bagaimanapun, tertuduh, Johari, 48, yang bekerja sebagai juruacara majlis mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Difahamkan, insiden berlaku akibat pertengkaran kerana perselisihan faham melibatkan soal pemilikan tanah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang wanita berumur 60 tahun dengan menggunakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata, mungkin boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang cangkul.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di hadapan sebuah rumah bernombor di Jalan Daeng Tawi, Telok Mas pada 10 Jun 2023.

Tertuduh bertaraf Pemastautin Tetap didakwa mengikut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa iaitu cedera bahagian otak, patah tulang pipi, dagu dan rusuk serta pendarahan mata sehingga terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menyara isteri serta empat orang anak, selain mendakwa mangsa mengalami penyakit gila dan terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan keluarganya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 18 Julai ini sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN