Dua remaja bawah umur antara 11 scammer dituduh di mahkamah

Dua remaja bawah umur antara 11 scammer dituduh di mahkamah

KESEMUA tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menipu tujuh individu membabitkan kerugian bernilai RM45,534.74.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua remaja bawah umur masing-masing berusia 17 tahun merupakan antara 11 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu tujuh individu membabitkan kerugian bernilai RM45,534.74.

Kesemua tertuduh, Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22, dan adiknya, Muhamad Haiqal Hamdan, 19; Yap Soon Lin, 23; Muhamad Faizal Abdullah, 22; Sharifah Nur Natasha Syed Mohd. Hata, 21; Yap Zhen Xiang, 19; Teong Wai Keat, 19; Goh Chun Rong, 19; Lee Yih Hong, 18, serta seorang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan kesemua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa adalah pihak kepada pakat jahat jenayah telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan memperdayakan tujuh individu sehingga mangsa menyerahkan wang bernilai keseluruhan RM45,534.74.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana dalam daerah Melaka Tengah sejak 11 April sehingga 20 Mei 2023.

Kesemua tertuduh boleh dipenjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120 (B) (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Joel Chua yang mewakili kesemua tertuduh meminta jaminan rendah diberikan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM26,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 31 Julai depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN