WASHINGTON: Misi Artemis II berjaya melengkapkan pembakaran enjin kritikal yang akan mendorong kapal angkasa Orion ke laluan mengelilingi sisi jauh bulan.
“Manusia sekali lagi menunjukkan apa yang mampu kita capai,” kata angkasawan Kanada, Jeremy Hansen dalam kenyataan pertamanya selepas pembakaran itu selesai.
Dalam siaran langsung dari angkasa, Komander Reid Wiseman menggambarkan pemandangan bumi yang ‘menakjubkan’ dari kutub ke kutub.
NASA memuji prosedur itu sebagai sempurna dan berkata, semua angkasawan dalam keadaan baik.
Kapal angkasa memulakan pembakaran pada titik terendah orbitnya berbanding bumi, menurut penerangan wartawan sains.
Tiada sesiapa akan mendarat di bulan semasa misi ini. Kapsul Orion hanya akan mengelilingi bulan sahaja.
NASA berkata, dalam tempoh tiga jam awal, kru akan menganalisis dan mengambil gambar ciri geologi, seperti kawah impak dan aliran lava purba, yang akan membantu misi masa depan untuk meneroka kawasan kutub selatan bulan.
Kajian mengenai kesihatan angkasawan juga akan membantu NASA memahami dengan lebih baik bagaimana perjalanan angkasa lepas mempengaruhi minda dan tubuh manusia, sekali gus melindungi angkasawan dalam misi lunar masa depan serta perjalanan ke Marikh.
Jika kru berjaya mengelilingi bulan dengan selamat dalam perjalanan ini, matlamat NASA adalah untuk misi Artemis IV dan V menjadi misi pendaratan di bulan dan pihak agensi menyasarkan kedua-duanya berlaku pada 2028.-AGENSI










