Saman Zakir Naik terhadap Satees selesai - Utusan Malaysia

Saman Zakir Naik terhadap Satees selesai

ZAKIR Naik (kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang dikemukakan oleh pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees selesai hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penghakiman persetujuan di antara kedua-duanya.

Penghakiman persetujuan itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Johan Lee Abdullah tanpa perintah terhadap kos.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak kerana mencapai penyelesaian tanpa perbicaraan diteruskan.

Salinan penghakiman keputusan persetujuan itu menyatakan, tindakan sivil itu diselesaikan secara muktamad tanpa pengakuan liabiliti serta tanpa perintah kos.

Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Zakir memberitahu wakil media, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik tanpa mendedahkan terma-terma persetujuan.

Pada tahun 2019, Zakir manyaman Satees berhubung dua kenyataan yang dipetik dalam laporan FMT bertajuk `DAP man blames LTTE crackdown on Zakir Naik’s presence’.

Kenyataan pertama berkaitan tangkapan besar-besaran berkaitan kumpulan bersenjata Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan kedua, kenyataan berkaitan ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan, pada tahun yang sama.

Satees turut disaman berhubung artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada tahun sama, yang melaporkan beliau berkata, pendakwah itu harus diusir dari Malaysia.

Dalam samannya, Zakir mendakwa kenyataan Satees itu mempersendakannya dan menggambarkannya sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Satees bersandar pada pembelaan komen berpatutan dan perlindungan bersyarat.

Perbicaraan dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok. Zakir turut diwakili oleh Dr. Rafie Shafie manakala Dr. Shamsher Singh Thind, A. Srimurugan, Gunamalar Joorindanjn dan Tony Tian mewakili Satees. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya