Dipenjara 15 tahun pukul mati kekasih gelap isteri - Utusan Malaysia

Dipenjara 15 tahun pukul mati kekasih gelap isteri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang suami dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah memukul sehingga mati lelaki yang menjalin hubungan cinta dengan isterinya, lima tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Ad Darrabi Sadiman, 39, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Suria Kumar Durairaj kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan, iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Muhammad Mudrikah Lizan.

Tertuduh yang bekerja sendiri diperintah menjalani hukuman tersebut bermula tarikh ditangkap pada 28 Oktober 2018.

Suria Kumar dalam penghakiman ringkasnya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak.

“Ia (penjara 15 tahun) disebabkan kesalahan akibat kemarahan tertuduh yang membawa kepada tindakan itu (membunuh),” katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama tiga lagi rakan (yang dibica­rakan mengikut seksyen berlainan) didakwa menyebabkan kematian Muhammad Mudrikah di pekarangan Taman Rekreasi Sungai Senggarang, Batu Pahat antara pukul 6.40 petang hingga 8.50 malam, 23 Oktober 2018.

Tertuduh bersama Muhammad Fadhli Benu, 34; Rizaki Riduan, 43, dan Mohd. Fairuz Zaka­ria, 40, didakwa memukul mangsa kera­na didakwa menjalin hubungan cinta dengan isterinya.

Mangsa pada mulanya cedera parah dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang keesokannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya