Bekas polis samun peniaga sayur direman tujuh hari

Bekas polis samun peniaga sayur direman tujuh hari

SUSPEK direman tujuh hari bermula hari setelah perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata secara berkumpulan di Taman Bukit Cheng di sini, Sabtu lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 9 Mei ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap bekas lans koperal itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun sama.

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pukul 12.30 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan berikutan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang peniaga sayur yang mendakwa telah disamun dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng.

Jelasnya, suspek ditamatkan perkhidmatan pada 2016 disebabkan masalah disiplin dan polis turut merampas pelbagai barang kes termasuk satu bekas plastik mengandungi sebutir peluru.

“Peluru itu didakwa adalah miliknya yang masih disimpan setelah diberhentikan. Pengadu memberitahu telah disamun pukul 12.05 tengah malam dengan salah seorang suspek telah mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan ke arahnya.

“Pengadu yang berasa takut telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM400 dan sebuah telefon bimbit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN