Lelaki Rohingya mengaku raba budak

Lelaki Rohingya mengaku raba budak

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki Rohingya berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Tertuduh, Korimullah Abdu Rahman, 35, yang bekerja sebagai buruh binaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan penetapan hukuman sehingga 31 Januari ini untuk serahan fakta kes dan pelantikan jurubahasa Rohingya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang berbangsa Rohingya didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 8 bulan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di sebuah rumah di Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 26 Disember 2022.

Tertuduh boleh dipenjara 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dengan alasan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tertuduh masih dalam proses permohonan.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, padah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga merupakan anak jirannya, seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan itu diberkas di hadapan rumahnya di Semabok di sini, 28 Disember 2022.

Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 27 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya