Anggota imigresen tidak mengaku ugut bunuh bekas teman lelaki

Anggota imigresen tidak mengaku ugut bunuh bekas teman lelaki

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengugut untuk menikam sampai mati bekas kekasih. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk menikam sampai mati bekas kekasihnya.

Tertuduh, Anis Anuar, 32, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3 petang di Pos Pengawal Gate A, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam daerah Melaka Tengah pada 8 September 2022.

Tertuduh yang juga anggota Jabatan Imigresen boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian selepas berang bekas kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berhutang dengannya kira-kira RM60,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM3,000 dengan syarat tambahan penjamin mestilah ahli keluarga terdekat tertuduh dan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran sehingga kes selesai, serta tidak mendekati mangsa.

Peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya anggota berpangkat rendah dan sedang menjalani rawatan psikiatri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan bersetuju dengan kesemua syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya