Operator kilang dipenjara enam bulan, curi Rayban

Operator kilang dipenjara enam bulan, curi Rayban

TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka kerana mencuri cermin mata berjenama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang operator kilang dihukum penjara enam bulan dan denda sebanyak RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana mencuri sepasang cermin mata berjenama.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Ezry Azhari, 37, yang mengaku bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri sepasang cermin mata berjenama Rayban bernilai RM1,017.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai cermin mata di pusat beli-belah Aeon Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6.30 petang pada 11 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah menyebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan, Abdul Rahman Hadzri, 32, dengan melakukan suatu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia dengan melanggar menggunakan kereta.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Kamarul Latiff Mat Sap, 30, yang juga pengawal keselamatan dan didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada pukul 7.19 petang di kawasan parkir di pusat beli-belah sama.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didapati telah melakukan khianat melanggar palang besi automatik sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM388 dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha memohon hukuman setimpal kerana melibatkan kecederaan kepada dua mangsa dan kerugian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM2,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut dikenakan hukuman lima bulan dan enam bulan penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan Seksyen 338 kanun sama manakala denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi kesalahan mengikut Seksyen 427 kanun sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.