KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan, tiga Ahli Parlimen UMNO yang terawal ‘melompat parti’ selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah kerana takut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atas penyalahgunaan dana parti. Tanpa menyebut nama, Ahmad Zahid menyatakan Ahli Parlimen yang mula-mula lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah diikut Ahli Parlimen Jeli. Bagaimanapun sebelum sempat Ahmad Zahid…










