Duda didakwa mengedar, menagih dadah - Utusan Malaysia

Duda didakwa mengedar, menagih dadah

AZIZ Said dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas tiga pertuduhan mengedar dan menagih dadah di Marang, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang duda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan menagih dadah, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Aziz Said, 55, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 13,199.52 gram dan 555.20 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Yaacob, Bukit Payung di sini pada pukul 12.50 tengah malam, 18 April lalu.

Aziz didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Aziz didakwa memasukkan dadah jenis sama ke dalam badannya semasa pemeriksaan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini pada pukul 4 pagi, tarikh tangkapan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan perintah pengawasan antara dua hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan Aziz diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada  28 Julai depan.

Utusan Malaysia pada 21 April lalu melaporkan seorang lelaki  yang dipercayai antara pengedar dadah terbesar di daerah ini diberkas dengan nilai rampasan bernilai RM495,000. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN