Tiga sahabat berdepan hukuman gantung, edar heroin - Utusan Malaysia

Tiga sahabat berdepan hukuman gantung, edar heroin

KESEMUA tertuduh yang tidak diwakili peguam diiring keluar anggota polis selepas Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka menetapkan 25 April depan sebagai sebutan semula kes. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah heroin dengan berat kasar 82 gram, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Esa Muhamad Din, 58; Muhammad Zuhairy Borhan, 44, dan Muhammad Asri Ahmad Tamizi, 39, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat bersama telah mengedar heroin dengan berat kasar 82 gram yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2 petang di hadapan rumah tidak bernombor di KM16 Kampung Ladang Kerubong di sini, pada 8 Mac lalu. 

 Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama. 

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 25 April depan sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan kimia berat sebenar dadah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya