Pengasas Rumah Bonda didakwa lagi - Utusan Malaysia

Pengasas Rumah Bonda didakwa lagi

SITI BAINUN AHD RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya seorang remaja Down Sindrom, awal tahun ini.

Mengikut pertuduhan, wanita berusia 29 tahun itu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara Februari dan Jun lalu, di sebuah unit kondominum di Wangsa Maju di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 20 Ogos lalu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengabaikan mangsa sama pada masa dan tempat serupa.

Media sebelum ini melaporkan penahanan pemilik Rumah Bonda susulan pendedahan berhubung penderaan melibatkan seorang remaja yang merupakan OKU.

Remaja sindrom down itu melecur di beberapa anggota badan disyaki akibat didera oleh penjaganya di sebuah premis yang dipercayai menjadi pusat jagaan kanak-kanak OKU di Wangsa Maju. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya