fbpx

9 Disember 2021, 6:39 pm

  TERKINI

Pemasang syarikat pengiklanan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun dalam kereta

Andy Yong (kanan) bersama-sama N.C. Lam hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya mewakili Wong Wei Chun yang menghadapi pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun dalam sebuah kereta. -UTUSAN/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pemasang (installer) sebuah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah kereta, tiga bulan lalu.

Wong Wei Chun, 25, didakwa merogol mangsa di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 12 Ogos lalu di tempat duduk penumpang belakang Toyota Vios di parkir Aras G, Plaza Salak Park, Taman Desa Petaling dekat sini.

Mangsa merupakan rakannya yang dikenali melalui permainan dalam talian (online game).

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Aima Nadzihah Wan Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut pada 4 Januari tahun depan.

Wei Chun turut dilarang berhubung dengan mangsa secara dalam atau luar talian.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan agar tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Hakim berkenaan turut mengingatkan tertuduh bahawa jaminan akan dibatalkan jika terdapat gangguan dan aduan dibuat oleh mangsa kepada pihak polis.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memohon jaminan RM15,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Pada prosiding itu, Wei Chun diwakili oleh peguam Datuk Andy Yong yang hadir bersama-sama N.C. Lam. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI