Permohonan Rosmah tangguh bicara didengar Isnin - Utusan Malaysia

Permohonan Rosmah tangguh bicara didengar Isnin

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya berkaitan projek solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Isteri bekas Perdana Menteri itu dijadualkan memberi keterangan bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini.

Permohonan penangguhan itu dikemukakan sementara menunggu rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes itu, dilupuskan.

Tarikh tersebut (4 Oktober) diperoleh selepas semakan dibuat terhadap laman web kehakiman hari ini.

Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah memberitahu pihak media, pengurusan kes bagi pendengaran rayuan isteri bekas Perdana Menteri ditetapkan pada 13 Oktober ini.

Rayuan itu berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid sekolah Sarawak dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.

Pihak pembelaan sebelum ini mendakwa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi mengendalikan kes rasuah dihadapinya berkenaan projek hibrid solar sekolah luar bandar di Sarawak adalah tidak sah dan terbatal.

Rosmah, 69, sebelum ini memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April lepas membenarkan rayuannya bagi mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram setelah pendakwaan bersetuju menyerahkan salinan itu kepada pembelaan.

Beliau mengemukakan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos tahun lalu menolak permohonannya bagi mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 November 2018 iaitu hari Rosmah didakwa di mahkamah serta tidak ditandatangani oleh Tommy iaitu Peguam Negara ketika itu.

Sebaliknya, surat itu bertarikh 8 Julai tahun lalu dan ditandatangani oleh Peguam Negara kini, Tan Sri Idrus Harun.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya