Pekerja rumah kebajikan dituduh rogol kanak-kanak di rumah perlindungan - Utusan Malaysia

Pekerja rumah kebajikan dituduh rogol kanak-kanak di rumah perlindungan

TERTUDUH, Sal Kim Kok (berbaju putih) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja am rumah kebajikan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di rumah kebajikan itu, Mei lalu.

Tertuduh, Sal Kim Kok, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Mengikuti pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 11 tahun dengan meramas kedua-dua belah dada, menyentuh kemaluan dan mencium kanak-kanak itu sebelum merogol mangsa.

Lelaki itu didakwa terhadap tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan, jika disabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan pertuduhan merogol mangsa dengan pendakwaan mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala Kim Kok tidak diwakili peguam.

Choon Yew memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang pecah amanah kerana risau terdapat gangguan dan trauma kepada mangsa yang masih berada di rumah kebajikan terbabit.

Tertuduh bagaimanapun memohon agar jaminan diberikan kerana mempunyai tanggungan dua orang anak.

Mahkamah memutuskan tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 September ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 28 Julai lalu, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai telah dirogol di sebuah rumah kebajikan dalam kejadian pada 24 Julai.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain mengesahkan telah menerima laporan polis daripada seorang penjaga rumah kebajikan itu berhubung kejadian berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya