'Keldai wang' dihukum penjara tujuh tahun, teman lelaki warga Nigeria berpangkalan di Malaysia - Utusan Malaysia

‘Keldai wang’ dihukum penjara tujuh tahun, teman lelaki warga Nigeria berpangkalan di Malaysia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan (atau tujuh tahun) dan empat minggu iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian.

Berita Mediacorp melaporkan, Rohaiza Alap menyediakan 25 akaun bank kepada penipuan luar negara dan merekrut keldai-keldai wang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Ang Siok Chen memberitahu mahkamah bahawa Rohaiza terbabit dalam pengubahan wang haram selepas dia mengenali teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang dinamakan sebagai Christian dalam dokumen mahkamah, sekitar Januari 2013.

Pendakwa berkata, Rohaiza tahu bahawa Christian, yang berpangkalan di Malaysia, ‘terlibat dalam menipu orang ramai di seluruh dunia’.

Rohaiza mengubah wang haram lebih S$1.3 juta menerusi akaun-akaun tersebut dan membantu untuk memindahkan lebih S$2 juta ke luar Singapura.

Wang hasil penipuan dimasukkan ke akaun-akaun bank milik Rohaiza dan mereka yang direkrutnya.

Mereka mengambil bahagian masing-masing sebelum menyalurkan baki wang kepada penjenayah warga Nigeria itu.

Rohaiza juga cuba menghalang siasatan dengan meminta salah seorang rakan subahatnya supaya berbohong kepada pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya