Anggota Rela didakwa bunuh rakan - Utusan Malaysia

Anggota Rela didakwa bunuh rakan

ONG Chow Lee ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan baiknya, Fong Swee Fuan, 65, pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Ong Chow Lee, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, Chow Lee didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Swee Fuan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bangsal bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai di sini kira-kira pukul 1.55 petang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober depan untuk lantikan peguam.

Pada 23 Julai lalu, media melaporkan Swee Fuan ditemukan maut manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah dipercayai ditembak dengan senapang patah oleh rakan baiknya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya