fbpx

26 Oktober 2020, 6:44 pm

  TERKINI

Kes tunggakan cukai RM57 juta Ku Nan selesai

TENGKU Adnan Tengku Mansor hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes rasuah RM2 juta hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini merekodkan persetujuan penyelesaian dalam kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan berjumlah RM57.17 juta.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, S. Saravana Kumar yang mewakili Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui media selepas prosiding di kamar hakim di sini.

Bagaimanapun, terma-terma penyelesaian tidak didedahkan kepada media.

Pada 24 Julai 2019, Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman tersebut atas dakwaan Tengku Adnan selaku defendan masih belum menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN dalam tuntutannya mendakwa, Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah kenaikan tersebut ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN