Pasukan AA Motorsports bawa nama Perlis ke pentas tertinggi - Utusan Malaysia

Pasukan AA Motorsports bawa nama Perlis ke pentas tertinggi

PASUKAN AA Motorsports Darsa Lube Rally Team dari Perlis cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan keseluruhan dalam kejohanan Rally of Melaka 2026 yang berlangsung di Felda Tun Ghafar Machap, Alor Gajah, Melaka.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasukan AA Motorsports Darsa Lube Rally Team dari Perlis cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan keseluruhan dalam kejohanan Rally of Melaka 2026 yang berlangsung di Felda Tun Ghafar Machap, Alor Gajah, Melaka.

Lebih membanggakan, pasukan berkenaan membabitkan Azrul Azhar Norbakari dan jurupandu arah, Muhammad Irfan Azman yang memandu jentera Proton Satria (1,800cc) juga meraih keputusan naib juara kategori M4.

AZRUL Azhar Norbakari (kiri) dan jurupandu arah, Muhammad Irfan Azman yang memandu jentera Proton Satria (1,800cc) meraih keputusan naib juara kategori M4.-UTUSAN

Perlumbaan yang berlangsung di laluan khas sekitar Felda Tun Ghafar Machap itu melibatkan 10 Special Stages (SS) dengan jumlah jarak kompetitif sejauh 73.17 kilometer (km) serta keseluruhan laluan rally sejauh 103.60 km.

Penyertaan pasukan tersebut yang membawa misi bagi mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2026 menerusi platform sukan permotoran berkenaan turut mendapat sokongan dan tajaan kerajaan negeri Perlis.

Kehadiran pasukan berkenaan di Rally of Melaka itu turut menjadi medium untuk memperkenalkan Perlis sebagai destinasi pelancongan, sukan dan rekreasi kepada masyarakat luar.

AA Motorsports Darsa Lube Rally Team turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Visit Perlis. Darsa Lube, Datuk Seri Shahidan Kassim, LMC Racing, MRF Tyres dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan.

Kejayaan tersebut menjadi bukti bahawa pasukan dari Perlis mampu bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik negara, sekali gus membawa nama negeri ke pentas sukan permotoran yang lebih tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN