UCAPAN: Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami pelajar di Manchester buat keluarga tercinta, sanak saudara serta sahabat handai tidak kira di mana pun berada. Walau jauh di mata tapi masih dekat di hati. Kerinduan terhadap suasana hari raya di Malaysia amat dirasai dengan senyuman yang menghidupkan suasana, juadah yang mengeratkan kebersamaan serta kehadiran saudara mara yang menambah kemeriahan. Doakan kesejahteraan kami di perantauan.
NAMA: Dari kiri, Akasyah, Razin, Hazeq.
LOKASI: Manchester, United Kingdom











