VFive Group sumbang zakat perniagaan RM2.5 juta - Utusan Malaysia

VFive Group sumbang zakat perniagaan RM2.5 juta

VFIVE Group Sdn. Bhd menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM2.5 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu majlis baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: VFive Group Sdn. Bhd. menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM2.5 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Sumbangan zakat berkenaan sebagai salah satu manifestasi komitmen berterusan syarikat selaku entiti bumiputera dalam memperkukuh agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti asnaf khususnya di Lembah Klang.

Penyerahan simbolik sumbangan zakat berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Datuk Abdul Hakim Amir Osman yang turut disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil dalam satu majlis bersempena sambutan Israk Mikraj di sini baru-baru ini

Mohd Syafiq berkata, penyerahan zakat itu adalah sebuah wadah yang mencerminkan nilai empati, ihsan dan amanah yang menjadi teras falsafah perniagaan VFive Group.

Katanya, ia bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi satu komitmen berterusan VFive
Group sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab dan cakna terhadap kebajikan masyarakat.

“Ini adalah pendekatan ‘shared prosperity’ yang kita terapkan, di mana manfaat keuntungan yang
diperoleh dikembalikan semula kepada masyarakat melalui saluran zakat yang telus.

“Di VFive Group, kami melihat zakat bukan sekadar tuntutan fardu, tetapi satu mekanisme
pembangunan ummah yang mampan. Kami komited untuk memastikan setiap rezeki yang
dikurniakan dapat dikongsi bersama golongan yang memerlukan, selari dengan prinsip tadbir
urus beretika dan nilai Islam yang menjadi tunjang organisasi,” katanya.

Katanya, selain menunaikan zakat perniagaan, VFive Group turut aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan program kemasyarakatan melalui Yayasan VFive.

Katanya, sepanjang tahun 2025, VFive Group telah memperuntukkan sekitar RM30 juta bagi pelaksanaan program CSR merangkumi bantuan kebajikan, pembangunan komuniti dan sokongan pendidikan.

“Antara program yang telah dijayakan termasuk penyediaan 750 pek makanan iftar harian, sumbangan baju raya percuma kepada anak-anak yatim, program singgah sahur, tajaan menunaikan umrah pada bulan Ramadan, edaran kampit beras bulanan serta pelbagai lagi bentuk bantuan kebajikan kepada masjid, surau, pusat-pusat tahfiz dan institusi pendidikan.

“Komitmen kebajikan VFive Group turut merangkumi skop antarabangsa, dengan penyaluran bantuan kepada masyarakat Islam di luar negara menerusi inisiatif kebajikan di Masjidil Haram, Madinah serta beberapa wilayah di Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni ummah secara menyeluruh dan merentas sempadan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN