Kejohanan karom meriah, galakkan aktiviti bersama masyarakat - Utusan Malaysia

Kejohanan karom meriah, galakkan aktiviti bersama masyarakat

KAMARUL Azman Khamis bersama penduduk sempena kejohanan karom di Kampung Lubuk Merbau.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kejohanan karom di Kampung Lubuk Merbau meriah membabitkan penyertaan 80 penduduk dari beberapa buah kampung.

Kejohanan itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat selain menyahut seruan kerajaan menggalakakan aktiviti pendalaman ke arah budaya sihat.

Para peserta terlibat terdiri penduduk dari Kampung Lubok Merbau Pedu, Kampung Lubok Merbau Jaya, Kampung Bukit Buloh dan Kampung Keda Bukit Kura.

Ia dianjurkan Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang turut melibatkan penyertaan veteran dan golongan belia.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga, RM200 serta keempat menerima hadiah wang tunai RM100 dan kelima, RM50 selain hadiah saguhati kepada semua peserta.

“Program ini juga menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan pemimpin bersama masyarakat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN