21 pasukan berentap buru kejuaraan The Silent Killer Cup

21 pasukan berentap buru kejuaraan The Silent Killer Cup

ATFC 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak ‘The Silent Killer Cup’ Bawah 12 Tahun di Arena Marang City, Marang, Terengganu. - FB PBSNT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDISI kedua Kejohanan Bola Sepak ‘The Silent Killer Cup’ Bawah 12 Tahun berlangsung meriah dan penuh semangat kesukanan daripada 21 pasukan yang memburu gelaran juara di Arena Marang City, Marang, Terengganu, kelmarin.

Kejohanan disertai kelab-kelab akademi bola sepak dari seluruh Terengganu dan Pahang itu dianjurkan oleh SR Club dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bekas penyerang Terengganu FC (TFC) dan pasukan kebangsaan, Ashari Samsudin adalah penaung kejohanan berkenaan. Selain dianggap sebagai legenda sukan bola sepak khususnya di Terengganu, Ashari yang mendapat jolokan ‘The Silent Killer’ adalah pemenang Kasut Emas 2010.

Keputusan pertandingan menyaksikan ATFC 2 muncul juara untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM1,000, piala dan medal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN