Program kacau bubur asyura GSGSG UUM rai kakitangan - Utusan Malaysia

Program kacau bubur asyura GSGSG UUM rai kakitangan

KAMARUL Azman Khamis (kiri) dan Rusdi Omar (kanan) pada program kacau bubur asyura anjuran Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM).-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program kacau bubur asyura untuk kakitangannya di pekarangan pejabatnya di sini hari ini.

Program tersebut juga bertujuan menghayati pengorbanan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan syiar Islam dan menyambut awal Muharam.

Turut bersama, Dekan GSGSG UUM, Prof. Rusdi Omar; Timbalan Dekan GSGSG UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis dan Pengarah Program Peningkatan Eksekutif Ghazali Shafie (GSEEP) UUM, Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin.

Kamarul Azman berkata, program kacau bubur asyura ini sering kali diadakan sebagai aktiviti tahunan disamping meraikan kakitangan.

“Ini juga menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan majikan bersama kakitangan, sambil mengeratkan ukhwah silatulrahim,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN