KANGAR: Program Gema Merdeka peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 14 sehingga 17 Ogos di Sekolah Kebangsaan (SK) Pedu bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik sempena bulan kemerdekaan.
Program anjuram Alumni 4B Malaysia itu bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik berunsur patriotik dan banyak lagi.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, program berkenaan sekali gus juga bakal menyaksikan Kampung Musa di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu menjadi tuan rumah.
“Ini juga menunjukkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting di dalam mengerakkan program program berunsur patriotik, keagamaan dan sukan ini.
“Ia juga mengabungkan golongan veteran dan golongan belia dalam mengeratkan lagi ukhwah.
“Program berkenaan juga akan dihadiri peserta dalam kalangan Alumni 4B seluruh Malaysia yang akan berhimpun di daerah Padang Terap ini,” katanya selepas bersama Pengerusi Alumni 4B Padang Terap, Datuk Ahmad Kamil Munim mengadakan perjumpaan dengan pengerak-pengerak Alumni Belia 4B di sini berhubung penganjuran itu.-UTUSAN