Kejohanan empat penjuru anjuran PJ Vectors meriah

Kejohanan empat penjuru anjuran PJ Vectors meriah

DR. Shamariffin Samsudin (tengah) bersama pelajar-pelajar Bacelora Pendidikan Jasmani (PJ) Vectors.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru anjuran pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani yang dikenali PJ Vectors berlangsung dengan meriah, baru-baru ini.

Meskipun, cuaca hujan namun ia tidak menghalang kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) berjalan dengan lancar.

Empat pasukan yang menyertai kejohanan ini dibarisi pasukan Veteran UPM, Mardi FC, KL Wednesday dan pasukan pengamal media sukan.

Pertandingan ini merupakan salah satu kerja kursus yang perlu dilakukan mereka yang mengikuti kelas bola sepak (SPE3544).

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UPM, Dr Shamariffin Samsudin berkata penganjuran kejohanan ini mengajar mereka tentang gambaran sebenar untuk pelajar dalam menganjurkan sesebuah aktiviti sukan.

Jelasnya, kejohanan bola sepak ini adalah salah satu program sukan yang dilaksanakan pelajar, merangkumi enam lagi jenis sukan lain.

“Alhamdulillah…objektif dan apa yang perlu mereka lakukan dalam kursus ini tercapai iaitu bagaimana untuk mereka(pelajar) mempelajari serta mendapat pengalaman untuk menganjurkan sesuatu kejohanan.

“Mereka yang mengambil kursus ini perlu menganjurkan enam jenis permainan antaranya bola sepak, kriket, hoki dan sebagainya,” katanya yang juga merupakan penyelaras kelas berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya