Ladang St. Leonard, Lukut pupuk perpaduan sempena Deepavali

Ladang St. Leonard, Lukut pupuk perpaduan sempena Deepavali

deepavali
ISMAIL Abdullah (enam dari kiri) bersama tetamu dan pengunjung yang hadir pada Program Sentuhan Kasih B40 Sempena Deepavali 2023 di Ladang St. Leonard, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 150 orang dalam kalangan masyarakat India telah diraikan menerusi program Program Sentuhan Kasih B40 Sempena Deepavali 2023 di Ladang St. Leonard, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program anjuran Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan (PPINS) itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Kuil Sri Maha Mariamam Ladang St. Leonard, Lukut.

Pengerusi PPINS, Ismail Abdullah berkata, program tersebut julung kali diadakan oleh pihaknya yang bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Selain acara sukaneka melibatkan kanak-kanak, turut diadakan persembahan kebudayaan dan tarian masyarakat India serta taklimat mengenai prosedur pengesahan halal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya