CO-OPBANK Pertama agih sumbangan kepada 60 pelajar - Utusan Malaysia

CO-OPBANK Pertama agih sumbangan kepada 60 pelajar

MOHD. Ali Rustam (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan CSR Co-opbank Pertama kepada Pelajar dan Masjid Negeri Melaka 2023 di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CO-OPBANK Pertama (CBP) baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada 60 orang pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Melaka.

Program sumbangan itu turut mendapat kerjasama daripada Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) dan juga disokong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi; Pegawai Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Kobemas, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Umar Sarim Saidin.

“Seramai 60 pelajar daripada seluruh negeri Melaka menerima sumbangan wang tunai yang diharapkan dapat meringankan lagi beban mereka. Selain daripada pelajar-pelajar, turut menerima sumbangan daripada CBP pada adalah enam buah masjid dan Universiti Melaka (Unimel),” kata Baharom. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya