ACF2023 tingkat kebolehpasaran graduan pertanian - Utusan Malaysia

ACF2023 tingkat kebolehpasaran graduan pertanian

PELAJAR Fakulti Pertanian, UPM mendapatkan maklumat mengenai syarikat yang mengambil bahagian dalam Agriculture Career Fair.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya menganjurkan Agriculture Career Fair 2023 (ACF2023) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (Permatani) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor pertanian.

Pengarah Program, Nik Zaini Peei berkata, program itu bagi mempersiap pelajar untuk memilih bidang kerjaya masa hadapan setelah bergraduat.

Mahasiswa turut berpeluang mencari penempatan menjalani latihan industri yang akan dilaksanakan pada semester terakhir pengajian sebelum memulakan kerjaya di industri.

“Melalui kerjasama strategik bersama rakan industri akan memberi pendedahan serta mempersiap pelajar untuk lebih holistik dan mempunyai daya saing setelah menempuh alam kerjaya kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya