Pemuda UMNO lancar tabung bantu lelaki terkandas di Mekah

Pemuda UMNO lancar tabung bantu lelaki terkandas di Mekah

MUHAMAD AKMAL Saleh bersama isteri Kamis Ahmad, Jaliah Yusof (kiri) dalam sidang akhbar di Pejabat Japerun Merlimau, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan tabung kilat bagi membantu sebuah keluarga dari Felda Kemendor dekat sini untuk membawa pulang seorang lelaki yang terkandas di Mekah, Arab Saudi selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di tanah suci.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bertujuan mengumpul dana berjumlah RM150,000 untuk menampung kos rawatan Kamis Ahmad, 67, yang mendapat rawatan akibat komplikasi jantung sewaktu menunaikan umrah pada 5 Mac lalu.

Menurutnya, setakat ini dana terkumpul hasil usaha keluarga berkenaan menerusi laman sosial Facebook serta media sosial yang lain berjaya mengumpul sejumlah RM15,000.

“Saya ingin merayu kepada semua rakyat Malaysia yang saya rasa dermawan untuk menyumbang bagi tujuan membantu keluarga Kamis membayar kos rawatan dan pengurusan membawa pulang dia ke tanah air.

“Kita tidak boleh lambat, lagi lambat sumbangan dikumpul kos hospital akan terus meningkat tinggi.

“Semua bantuan yang ingin disumbangkan terus dimasukkan ke akaun Maybank, 554035429281 atas nama anak lelakinya, Syahmi Amar,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, pihaknya juga akan menggerakkan tabung sumbangan di peringkat bahagian UMNO seluruh negara.

“Saya bagi pihak keluarga Kamis akan berjumpa dengan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi memudahkan urusan membawa pulang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) itu,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya