Perlu lebih banyak korporat, GLC sertai MyHaus

Perlu lebih banyak korporat, GLC sertai MyHaus

MOHD. NA'IM Mokhtar menyerahkan dana RM35,000 kepada Mohd. Fady Taufek di Kampung Batu Gajah, Merlimau Pasir, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi kerajaan negeri diminta tampil menyertai program MyHaus untuk membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, penglibatan pihak terbabit amat diperlukan bagi membantu golongan memerlukan di seluruh negara, terutama mereka yang berdepan dengan kemelesetan ekonomi dijangka tahun depan.

Menurutnya, program kerjasama penuh antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), majlis agama islam negeri (MAIN) dan agensi mengurus zakat (AMZ) setakat ini dapat meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar.

“Di bawah program MyHaus ini terbahagi kepada beberapa kategori antaranya membina semula rumah baharu, membaik pulih rumah dan membaiki kerosakan rumah berdasarkan kepada ketetapan daripada pihak MAIN dan AMZ. Bagi sepanjang tahun ini, program ini memberi fokus kepada konsep bina baharu rumah asnaf dan dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Beberapa syarikat milik kerajaan dan GLC juga turut bekerjasama untuk menjayakan program MyHaus ini iaitu Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyumbang RM1.36 juta membina 36 buah rumah,” katanya kepada pemberita selepas Penyerahan Rumah Asnaf MyHaus sumbangan Dana Wakalah TNB 2021 yang diterima Mohd. Fady Taufek di Kampung Batu Gajah, Merlimau Pasir di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Na’im bersama 25 kenderaan menyertai Konvoi Amal Promosi Baitulmal bermula dari Masjid Al-Azim, Bukit Palah ke Merlimau Pasir.

Tambah Mohd. Na’im, Melaka merupakan negeri ketiga selepas Kelantan dan Pulau Pinang yang telah menerima penyerahan rumah kepada golongan asnaf.

“Antara pihak lain yang turut serta dalam program MyHaus seperti Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.