Batu Ferringhi jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Batu Ferringhi jadi tumpuan

PANTAI Miami di Tanjung Bungah di sini tetap menjadi pilihan pelancong tempatan untuk bercuti sambil beriadah bersama keluarga sempena cuti panjang Tahun Baharu Cina serta cuti persekolahan. UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kawasan pantai di negeri ini bermula di Tanjung Bungah hingga ke Batu Ferringhi menjadi tumpuan pelancong sempena Tahun Baharu Cina serta cuti persekolahan.

Tinjauan di Pantai Miami di sini mendapati, pelancong antaranya dari Johor dan Kuala Lumpur memenuhi lokasi berkenaan untuk mandi-manda serta berkelah bersama keluarga.

Malah, tidak seperti cuti umum sebelum ini, jumlah kenderaan yang menghala dari Georgetown ke Batu Ferringhi tidak sesak dan keadaan jalan raya kelihatan lengang.

Seorang pelancong dari Johor Bahru, Amira Hussain, 32, berkata, dia mengambil peluang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga sempena cuti yang panjang.

“Nasib kami baik apabila keadaan trafik di pulau tidak sesak teruk ketika ini, kami tiba awal pagi di hotel berhampiran dan anak-anak saya ingin mandi di laut.

“Kawasan Pantai Miami juga tidak begitu ramai pelancong, jadi keluarga saya dapat berkelah dan bermain di pantai dengan selesa,” katanya di sini..

Seorang lagi pelancong dari Kuala Lumpur, Mohd. Adli Ikmal, 42, berkata, dia juga mengambil peluang bercuti di Pulau Pinang untuk berehat bersama keluarga dan menikmati makanan popular di sini.

“Saya jangka Pulau Pinang akan sesak seperti cuti umum sebelum ini, namun apabila saya tiba kenderaan tidak begitu padat dan aliran trafik agak lancar.

“Keadaan di pantai juga agak lengang dan kami dapat menikmati percutian yang tenangi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya