Anak kucing terperangkap atas bumbung rumah diselamatkan APM - Utusan Malaysia

Anak kucing terperangkap atas bumbung rumah diselamatkan APM

DUA anggota APM Kulim menyelamatkan sesekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Taman Seluang, Kulim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seekor anak kucing yang terperangkap  di atas bumbung sebuah rumah berjaya di selamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Taman Seluang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.35 pagi, anak kucing betina itu ditemukan dalam keadaan keletihan di atas bumbung sebuah rumah akibat cuaca panas terik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim , Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu pada pukul 10.35 pagi mengenai seekor anak kucing berada di atas bumbung.

Katanya, seorang lelaki berusia 51 tahun menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung.

“Empat anggota bergegas ke lokasi kejadian dan ketika tiba di rumah tersebut , lelaki terbabit memaklumkan dia terdengar suara anak kucing yang dipercayai berada di atas bumbung rumahnya.

“Dua anggota kemudian menggunakan sebuah tangga lalu memanjat bumbung rumah pengadu untuk mencari anak kucing terbabit,” katanya ketika dihubung di sini hari ini.

Mohd. Faizol berkata, anggota APM mengambil masa kira-kira lima minit mencari  sebelum menemukan dan menyelamatkan anak kucing yang dilahirkan oleh seekor kucing liar sebulan lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN