[VIDEO] : Restoran terkenal Kampung Baru tak jaga kebersihan buat warganet marah - Utusan Malaysia

[VIDEO] : Restoran terkenal Kampung Baru tak jaga kebersihan buat warganet marah

TANGKAP layar daripada video memaparkan keadaan dapur restoran tersebut yang didakwa tidak bersih
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pekerja restoran makanan barat di ibu kota yang merenjis air kotor dari baldi ke dalam kuali yang dipenuhi minyak masakan menimbulkan reaksi kurang senang warganet.

Malah, melalui klip rakaman yang berdurasi 19 saat itu turut memaparkan hidangan restoran itu diletakkan di atas tempat yang tidak sepatutnya iaitu di tepi kuali dipercayai kotor dengan bekas-bekas minyak.

Video tular mengenai tahap kebersihan yang rendah di sebuah restoran terkenal Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejadian tersebut dirakam dan disiarkan oleh pekerja tersebut yang juga pemilik akaun TikTok, namun, diciap oleh pengguna lain ke laman Twitter, @antaintiom sebelum pekerja itu memadam seluruh video mengenai restoran itu.

“Apa benda kau ni? Kau rasa sidai chicken chop atas dapur macam tu tak ada masalah? Sudah la kau lenyek kentang lecek guna botol! Dia dah buang semua video pasal dapur dia dah,” ciapnya di laman Twitter.

Rata-rata netizen memohon restoran tersebut menjaga etika penyediaan makanan dan kebersihan supaya tidak menjadi penyebab pelanggan keracunan makanan, malah, ada yang menceritakan kembali pengalaman mereka ketika menjamu selera di sana.

“Pertama kali pergi sedap. Bila pergi lagi dah tak sedap. Dah la nak letak kereta susah, kena tunggu lama nak dapat tempat duduk. Lepas tu, tunggu pesanan lambat sampai! Terus tu tak pergi dah kedai ni! Ada hikmah rupanya,” ciap @HafidzHamzah7E.

“Itula apa-apa nak berniaga ni, kena la jaga asas kebersihan semua. Tambah benda makanan macam ni, nak bagi orang makan tau. Kalau jadi apa apa dekat orang yang makan tu macam mana,” ciap @yupitsmewl.

“Kenapa buat main-main makanan ye? Nak bagi orang makan kot, kebersihan jaga la. Kalau kena dekat diri sendiri ke keluarga ke, marah tak? Makanan kot, jangan dibuat main,” ciap _hananishah.

“Aku tengok semua video dekat akaun dia dari awal. Sumpah pengotor nak mampos dapur dia. Susun makanan kiri kanan pakai tangan kosong sahaja, lantai penuh sampah, tempat pemanggang kotor, segala lauk siap masak letak ikut suka je atas dapur, ketuk ais atas lantai guna senduk. Banyak komen yang kata mereka keracunan makanan,” komen artdgaf. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya