Suapan RM170,000 : Bekas pengurus kanan syarikat berkaitan kerajaan ditahan - Utusan Malaysia

Suapan RM170,000 : Bekas pengurus kanan syarikat berkaitan kerajaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes suapan yang dianggarkan bernilai RM170,000.

Satu sumber memberitahu, suspek lelaki berusia 51 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek dipercayai telah menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pengubahsuaian rumah miliknya yang dianggarkan bernilai RM170,000.

“Suspek telah menerima daripada kontraktor sebagai balasan untuk melancarkan segala tuntutan bayaran bagi kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor tersebut,” jelasnya.        

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya lagi, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada masa terdekat.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN