Racun naik, pesawah tiada semangat tanam musim baru - Utusan Malaysia

Racun naik, pesawah tiada semangat tanam musim baru

SEORANG pesawah melihat padi yang baru ditanam di Parit Buntar. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Kenaikan harga racun menjejaskan pesawah di daerah ini yang akan memulakan musim tanaman baharu tidak lama lagi.

Pesawah, Abdul Malik Mohammed, 55, berkata, kerajaan perlu segera mencari inisiatif bagi memastikan kenaikan harga racun termasuk racun serangga dan kulat tidak membebankan pesawah.

Menurutnya, pesawah seolah-olah hilang semangat untuk memulakan tanam musim baru disebabkan kenaikan harga racun.

“Racun rumput, siput, kulat dan macam-macam lagi semuanya naik, itu tak termasuk kos jentera, upah dan lain-lain.

“Jika keadaan berterusan seperti ini, sudah pasti pesawah akan terkesan.

“Tidak mustahil ada pesawah akan mengubah tanaman padi kepada tanaman lain seperti kelapa dan kelapa sawit yang kurang penggunaan racun,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, kerajaan perlu bertindak segera dalam memastikan nasib dan kebajikan pesawah terbela.

Katanya, dalam keadaan sekarang, adalah mustahil harga racun akan turun berikutan peningkatan harga bahan itu di pasaran dunia.

“Selain cadangan menaikkan subsidi racun dan baja kepada pesawah, kerajaan juga disaran memberi insentif khas untuk kepada pesawah sekurang-kurangnya RM100 sehektar.

‘Ini bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pesawah bagi membeli racun yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, kerajaan sedang membuat perbincangan dan kajian mengenai masalah itu.

“Setakat ini belum ada sebarang kata putus dan perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan tindakan,” katanya.

Awal Disember lalu, akhbar melaporkan harga racun serangga meningkat sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66 kepada RM197.50.

Selain itu, racun kulat turut mencatatkan peningkatan 20.77 peratus, diikuti racun siput hampir 20 peratus, baja sebatian tiara blue (19.4 peratus), Agrobridge (19.1 peratus) dan NPK biru (14.5 peratus).

Kenaikan harga racun diluar kawalan kerajaan berikutan peningkatan harganya pasaran dunia. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya