'Pecah ovari kerana Kevin Ray? Jangan haraplah'...ulas warganet - Utusan Malaysia

‘Pecah ovari kerana Kevin Ray? Jangan haraplah’…ulas warganet

TANGKAP LAYAR Instagram Kevin Ray Mendoza Hansen yang turut memaparkan wajah 'isterinya', Nadia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kelibat penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City FC, Kevin Ray Mendoza Hansen berjaya mencuri tumpuan para wanita yang menonton aksi perlawanan  akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Rata-rata wanita memuji ketampanan Mendoza yang kini berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994.

Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina.

Paling menghampakan peminat, Mendoza dipercayai sudah mempunyai isteri iaitu Nadia Baekgaard. Nadia merupakan warganegara Denmark dan merupakan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.

Warganet hari ini turut memberi pelbagai reaksi dalam media sosial termasuk menzahirkan perasaan terkejut apabila mengetahui status perkahwinan Mendoza.

Ada yang berasa kecewa dan tidak kurangnya yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

“Komen memang takleh rilek, dia dah kahwin tu, kahwin lah… Tak yah la nak menggedik dengan laki orang.. Buat harga diri tercalar je,” komen nrl_nihytul.

“Dia dh berpunya la, ku menangis,” kata fifi_lee2009.

“Congrates mendoza on your wedding, kepada minah-minah Melayu yang dah jatuh harga diri tu pula, pergi shuh sana, jangan kacau laki orang, sedar diri sikit muke tu kacok endon Batam..jangan claim sanggup jadi nombor dua kalau hanya kerana nafsu, sekian,” kata mhdfrd17. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya