PETALING JAYA: Ramai pelajar memilih untuk ponteng selain ibu bapa tidak membenarkan mereka ke sekolah berikutan bimbang jangkitan Covid-19 walaupun sesi persekolahan bersemuka dibenarkan pada 1 November lalu di Lembah Klang. Pelajar-pelajar yang terlibat hadir secara penggiliran ini terdiri daripada murid tahap satu sekolah rendah, tingkatan tiga dan empat sekolah menengah selain pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan utama iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Naib Presiden Persatuan Pesara…










