Balik kampung selepas 10 bulan - Utusan Malaysia

Balik kampung selepas 10 bulan

Wan Zaitun Wan Chik (kiri) menyambut kepulangan anak perempuannya, Sakinah Syaidah Mohamad bersama suami, Mohd. Sharifuddin Abdul Nasir dan anak-anak mereka di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Terengganu, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Cuti umum sempena Maulidur Rasul dimanfaatkan pasangan guru dari Sungai Siput, Perak untuk pulang ke kampung halaman di Bukit Tumbuh di sini semalam bagi berjumpa insan tersayang.

Walaupun percutian singkat selama dua hari, namun cukup bermakna buat keluarga Mohd. Sharifuddin Abdul Nasir, 34, selepas kira-kira 10 bulan tidak bersua muka.
Katanya, kepulangan mereka lima beranak ke kampung isteri­nya, Sakinah Syaidah, 34, kira-kira pukul 10 pagi itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh ibu mentua, Wan Zaitun Wan Chik, 70.

“Kali terakhir kami balik semasa pengebumian ayah mentua pada Disember tahun lalu dan selepas itu cuma berhubung mela­lui telefon untuk mengubat rindu.

“Ibu mentua merupakan bekas pesakit kanser payudara dan seawal pagi dia membe­ritahu sudah menunggu di luar rumah untuk menyambut kami, hati saya turut terharu apabila melihatnya memeluk erat anak serta cucu-cucu yang dirindui,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Sharifuddin berkata, dia dan isteri yang sama-sama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap berpakat mengambil cuti selama sehari pada hari ini untuk pulang ke kampung.

Katanya, mereka sekeluarga bersama tiga anak yang berusia antara sembilan bulan hingga enam tahun bakal pulang lagi pada cuti persekolahan nanti dan berhajat meluangkan masa lebih lama di kampung.

“Kebiasaannya, pada cuti sekolah memang kami balik ke kampung isteri memandangkan keluarga saya tinggal berdekatan di Sungai Siput dan sentiasa berjumpa.

“Di sebalik percutian yang sekejap tetapi kami bersyukur kerana dapat berjumpa dengan emak serta dua adik-beradik lain yang menetap di daerah sama,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya